Kata Aluan Pengerusi



Encik Anuar bin Ismail
Guru Besar SK Ganun

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih dan Salam Mendidik Daripada Hati Dengan Penuh Integriti.

    Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih mengizinkan kita meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik. Di sini saya ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat datang ke blog rasmi Majlis Guru Besar Kawasan Alor Gajah yang dibina bersama-sama seluruh AJK MGBKAG khasnya. Terhasilnya blog ini bukanlah hasil usaha dari seseorang. Setiap sumbangan idea yang diberikan untuk dipamerkan dan dibaca adalah usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Adalah diharapkan dengan terhasilnya blog ini maka segala urusan dapat dipermudahkan dan mendapat rahmat dariNya. Akhir sekali, marilah kita bersama-sama membangunkan agenda pendidikan masa kini secara lebih rasional, konsisten dengan kreativiti dan berinovatif serta menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kemenjadian murid.

Selamat Maju Jaya.

Sekian.



No comments:

Post a Comment